Selamat datang!

Portal pendidikan ini menyediakan sumber rujukan bagi mata pelajaran Perdagangan untuk para pelajar Tingkatan 4 dan 5 di Malaysia.
NOTA: Laman portal PERDAGANGAN Online ini masih dalam peringkat percubaan (BETA).

Rabu, 30 Mei 2012

Perdagangan Kertas 2 | Percubaan SPM






Perdagangan Kertas 1 (2) | Percubaan SPM






Perdagangan Kertas 1 | Percubaan SPM









Isnin, 7 Mei 2012

Teknik Menjawab Soalan Perdagangan Kertas Satu (Objektif)


TEKNIK MENJAWAB SOALAN PERDAGANGAN KERTAS SATU (OBJEKTIF) 3755/1

A. PENGENALAN
Kertas satu mempunyai 40 soalan
Masa yang diperuntukkan 1 Jam 15 minit
Kertas ini menyumbangkan 40% markah keseluruhan matapelajaran perdagangan
Oleh itu, satu soalan betul menyumbangkan 1 markah mutlak. (40soalan = 40 markah)
Untuk skor A1, pelajar mesti membaca kehendak soalan-soalan objektif dengan teliti dan jangan ambil mudah kerana satu markah itu amat penting.

B. PEMILIHAN JAWAPAN
* Setiap soalan objektif diikuti oleh 4 pelengkap
* Hanya satu jawapan yang betul dan tiga yang lain distraktor.
* Terdapat dua cara untuk menjawab bentuk soalan ini:-
a. Mencari jawapan yang betul dan mengabaikan tiga distraktor
b. Menganalisa semua alternatif dan menolak setiap distraktor sehingga mendapat jawapan yang betul.

C. APAKAH YANG DIKEHENDAKI OLEH PEMERIKSA

* Soalan objektif menguji berbagai-bagai kemahiran dan kebolehan pelajar seperti
· mengingat kembali
· mengira
· mengidentifikasi
· mencari persamaan
· mengaplikasi
· mencari perbezaan
· mendeduksi
· membuat perbandingan
· menginterpretasi

* Anda boleh menjawab soalan dengan memahami fakta-fakta penting pada setiap topik atau menggunakan formula untuk membiasakan diri untuk menjawab pengiraan.

Pelajar dibenarkan membawa kalkulator (mesin kira) ke dalam dewan peperiksaan.



D. PANDUAN MENJAWAB SOALAN

1. Cuba jawab semua soalan dan tinggalkan soalan yang sukar dijawab kerana anda akan membuang masa jika mengambil masa yang lama.
2. Bulatkan nombor-nombor soalan yang tidak dapat dijawab
3. Setelah menjawab semua soalan,kembali kepada soalan-soalan yang dibulatkan itu.
4. Jika anda masih tidak dapat menjawabnya, teka dengan bijak jawapan yang paling mungkin sekali.
5. Jangan tinggalkan sebarang soalan tanpa dijawab . Markah tidak akan dipotong bagi jawapan yang salah.
6. Setelah mendapat jawapan bagi setiap soalan ,terus hitamkan pada kertas jawapan.
7. Pastikan jawapan yang dihitamkan sepadan dengan jawapan dipilih dalam kertas soalan dan nombor soalan
8. Semak semula jawapan yang dihitamkan dengan baik sebelum dihantar .

E. CONTOH SOALAN OBJEKTIF 

A. Aneka Pelengkap

1. Faktor yang membezakan usahawan dengan peniaga ialah usahawan berusaha
A. untuk mencari untung
B. meningkatkan taraf hidup
C. memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat
D. mengatasi pesaing-pesaing dalam perniagaan

B. Aneka Pilihan

2. Mengapakah peniaga milikan tunggal lebih cenderung untuk menukarkan perniagaannya kepada perkongsian?
I. mengurangkan persaingan
II. mendapatkan lebih banyak modal
III. mengurangkan risiko kerugian
IV. menambahkan kemahiran dan pengetahuan perniagaan

A. I,II dan III
B. II,III dan IV
C. I,II dan IV
D. I,III dan IV

(Untuk menjawab soalan objektif, gariskan kehendak soalan dan kata kunci yang berada dalam jawapan. Dalam soalan di atas, Jika sukar untuk mencari jawapan tepat. maka tolak dahulu jawapan yang paling tidak tepat. Akhir sekali, jika terdapat 2 jawapan yang sukar dibezakan. Pilihlah yang anda rasa paling tepat dan kebarangkalian jawapan anda betul lebih tinggi.)

TEKNIK MENJAWAB SOALAN PERDAGANGAN : KERTAS 2 (SOALAN ESEI) 3755/2

1) PERUNTUKKAN MASA
* Anda mempunyai masa 2 jam untuk menjawab empat soalan esei.
* Ini bermakna anda hanya mempunyai masa 30 minit untuk menjawab setiap soalan.
* Anda mesti memperuntukkan jumlah masa yang sama untuk setiap soalan.
* Anda dinasihatkan bermula menjawab soalan yang lebih senang dahulu dan diikuti dengan soalan yang lebih susah kemudian.
* Jangan mengambil terlalu banyak masa untuk menjawab sesuatu soalan yang tertentu sehingga tidak sempat menjawab soalan-soalan yang lain.
* Sekiranya anda mengambil masa lebih dari 30 minit untuk menjawab sesuatu soalan, anda mesti tinggalkannya dan terus kepada soalan yang lain.
* Anda boleh kembali semula kepada soalan tersebut jika masih ada masa selepas menjawab semua soalan-soalan yang lain
* Peruntukkan sedikit masa untuk menyemak jawapan anda
* Jangan menjawab kurang daripada jumlah soalan yang dikehendaki kerana anda akan kehilangan markah.
* Katakan jika anda hanya menjawab sebanyak tiga daripada empat soalan yang dikehendaki, anda akan kehilangan sebanyak 25% daripada jumlah keseluruhan markah esei dan 15% markah keseluruhan. jangan tinggalkan mana-mana soalan tanpa dijawab, tulislah apa-apa yang diingati tentang perkara yang berkaitan.

2. PEMILIHAN SOALAN

* Dalam kertas ini, anda boleh memilih mana-mana tiga soalan daripada bahagian A dan
wajib menjawab soalan bahagian B (Kajian Kes).
* Sebelum memilih soalan, anda mesti membaca semua soalan dengan teliti dan menggariskan perkataan-perkataan yang penting.
* Semasa memilih soalan,pilih soalan yang anda boleh menjawab denga baik dan dapat memberikan fakta yang banyak.
* Anda mesti berhati-hati semasa memilih soalan supaya tidak memilih soalan yang salah.
* Pemilihan soalan yang salah akan membuang masa anda untuk mencuba soalan yang lain.
* Jika anda telah menjawab 4 soalan dan ada jawapan yang tidak memuaskan atau terlalu sedikit yang anda tahu, maka jika ada masa lagi cubalah jawab soalan lain bermakna
anda boleh menjawab lebih daripada 4 soalan. Ini sebagai alternatif bagi jawapan yang anda
rasa tak memuaskan tadi.

Ingat! Semua jawapan akan diperiksa maka pemeriksa akan memilih 4 jawapan anda yang
terbaik.

3. PANDUAN MENJAWAB SOALAN

1. Untuk menjawab soalan dalam kertas ini, anda dikehendaki memberikan jawapan panjang berbentuk esei
2. Jumlah perkataan bagi setiap esei ialah kira-kira 300 -400 patah perkataan (secara purata) atau 1 1/2 - 2 muka surat. (Ini hanya gambaran jawapan yang ideal, tak perlu kira patah perkataan)
3. Jawapan yang dikemukakan hendaklah selaras dengan jumlah markah yang diperuntukkan.Anda harus ingat markah diberikan bagi fakta-fakta yang dikemukakan dan bukan berdasarkan panjang sesuatu esei.
4. Anda mesti merancangkan jawapan anda dengan baik dan menjawab mengikut kehendak soalan.
5. Bahasa yang digunakan mestilah baik, jelas dan mudah difahami.
6. Anda dinasihatkan memperuntukan sebanyak 5 minit untuk merangka jawapan. Semua fakta-fakta penting yang berkaitan dengan soalan mesti disenaraikan di dalam rangka jawapan 7. Rangka jawapan membantu anda mempersembahkan jawapan dengan fakta-fakta yang cukup dan mengikut susunan yang rapi.
8. Jangan menerangkan sesuatu fakta dengan panjang lebar sehingga mengabaikan fakta-fakta yang lain.
9. Semasa menulis jawapan, anda mesti menghuraikan setiap fakta tersebut dengan baik, jelas dan tepat.
10.Setiap soalan esei mesti dibahagi kepada beberapa perenggan. Mulakan setiap fakta dengan perenggan yang baru. Jika terdapat 8 fakta maka jelaskan dalam 8 perenggan.
Ringkasnya: SATU PERENGGAN => {SATU FAKTA,HURAIAN,CONTOH}
11.Sebaik-sebaik setiap fakta / perenggan diberikan nombor,manakala fakta utamanya dijadikan sub-tajuk atau kepala sesuatu perenggan dan digariskan
12.Setiap fakta / perenggan seharusnya diselangi dengan satu baris kosong antara satu perenggan dengan perenggan yang lain.
13.Bagi memulakan jawapan baru bagi soalan berikutnya, gunakan kertas jawapan baru. Elakkan menyambung jawapan anda di bawah jawapan soalan lain.
14.Jawapan yang baik adalah jawapan yang mempunyai banyak fakta,penerangan yang jelas, contoh yang konkrit dan perenggan yang bersesuaian dengan markah.
15.Untuk soalan perbezaan ,tunjukkan dengan jelas dengan bentuk jadual 'T'. Bezakan berdasarkan perkara yang sama.Untuk persamaan, tidak perlu jadual 'T'.
16. Jawapan tidak perlu pendahuluan atau penutup. Terus kepada menjawab mengikut kehendak soalan.
17. Bagi soalan kajian kes masukkan nama individu yang terlibat dalam kajian kes tersebut.

4. BENTUK-BENTUK SOALAN ESEI
1. Pengetahuan / fakta / terangkan
2. Buat nota ringkas
3. Perbezaan / Persamaan
4. Kajian kes
5. Kebaikan dan Keburukan
6. Fungsi / Peranan /Perkhidmatan

5. KEHENDAK SOALAN

Kehendak soalan merupakan idea utama dalam bentuk perkataan dan rangkai kata dan mesti diberikan perhatian.Perkataan dan rangkai kata penting dalam sesuatu soalan. Beberapa perkataan dan maknanya telah diberikan dalam jadual di bawah.

a.Terangkan / Jelaskan Memerlukan anda menerangkan sesuatu. Tujuannya ialah supaya pembaca mengerti atau faham tentang perkara yang diterangkan atau dijelaskan

Contohnya: “Insurans memerlukan kepentingan yang boleh diinsuranskan”.
Terangkan pernyataan ini dari segi insurans kebakaran

b. Huraikan Bererti memberitahu segala yang anda tahu supaya pembaca boleh menggambarkan dengan jelas perkara yang dihuraikan .
Contohnya: Huraikan prosedur menubuhkan sebuah syarikat umum berhad

c. Bincangkan / Beri ulasan Mengkehendaki anda mempertmbangkan tajuk yang hendak dibincangkan dengan teliti dan melihat dari pelbagai sudut. Memerlukan pemikiran yang lebih mendalam tentang perkara yang dibincangkan.
Contohnya: Usahawan adalah seorang peniaga tetapi peniaga tidak semestinya usahawan. Bincangkan.

d. Berikan / Namakan Senaraikan Memerlukan anda memberikan fakta. Tidak memerlukan penjelasan yang lebih lanjut
Contohnya: Berikan sebab-sebab cek tak layan

e.Takrifkan Menerangkan makna sesuatu konsep dengan tepat dan teliti.
Contohnya: Takrifkan pengkhususan

f. Nyatakan Mengkehendaki anda menyatakan sesuatu perkara atau menjelaskan dengan teliti Contohnya: Nyatakan peranan yang dimainkan oleh bank pusat

g.Bezakan Memberikan perbezaan di antara dua perkara
Contohnya: Bezakan di antara perniagaan luar negeri dengan perniagaan dalam negeri

h. Buat Perbandingan Mengkehendaki anda membandingkan dua atau lebih perkara untuk mencari perbezaannya
Contohnya: Buat Perbandingan di antara pengangkutan jalan raya dan pengangkutan kereta api

i.Tuliskan nota-nota ringkas Memerlukan anda menulis fakta-fakta yang paling penting tentang sesuatu perkara dengan ringkas dan jelas
Contohnya: Tuliskan nota-nota ringkas bagi empat perkara dibawah:
a. Cek Kembara
b. Invios Pro-forma
c. Poslaju
d. Kontenarisasi

j. Bagaimana / Dengan cara apakah Memerlukan anda membentangkan cara-cara melakukan sesuatu
Contohnya: Bagaimanakah perniagaan pesanan mel dijalankan

k. Mengapakah / Apakah sebab-sebab Memerlukan anda memberikan alasan satu demi satu untuk menerangkan sesuatu
Contohnya: Mengapakah pengguna memerlukan perlindungan?

l. Apakah / Apakah yang dimaksudkan Menjelaskan sesuatu perkara dengan tepat dan ringkas dalam satu atau dua perenggan sahaja
Contohnya: Apakah cek kosong?

JANGAN SIA-SIA MASA YANG TERLUANG DENGAN TIDUR.MANFAAT MASA 2 JAM TERSEBUT SEBAIK MUNGKIN.

BEBERAPA KELEMAHAN JAWAPANPERDAGANGAN KERTAS 2
1. Gagal memahami kehendak soalan, terutama soalan-soalan yang berbentuk kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Kehendak soalan tidak jelas di mana pelajar diminta untuk mencari sendiri kehendak soalan dripada petikan atau ransangan yang diberikan. Dalam hal ini. calon perlu memastikan kehendak terlebih dahulu supaya tidak tersalah tafsir dan terpesong. Hanya dengan kefahaman mendalam tentang tajuk tersebut membolehkan calon menjawab soalan tersebut.

2. Calon tidak mempersembahkan jawapan mengikut peruntukan markah yang ditetapkan. Jawapan kekurang fakta. Misalnya,15 markah diperuntukkan untuk satu soalan. Maka, 5 isi diperlukan (5 x 3 =15 m) sedangkan pelajar jawab kurang daripada sepatutnya. Terdapat calon menjawab terlalu panjang sampai 2 muka surat untuk markah yang kecil .Misalnya 8 markah.Pelajar perlulah memastikan berapa isi bagi markah yang diperuntukkan.(Misalnya;8m=4isi x 2m atau 16m=4isi x 4m)

3. Calon tidak merancang masa mengikut peruntukan markah. Misalnya, pelajar menjawab dengan panjang lebar bagi markah sedikit dan menjawab dengan ringkas bagi jawapan panjang.

4. Kurang mahir mengaitkan satu konsep dengan satu konsep yang lain. Ramai pelajar tidak dapat mengaitkan satu konsep dengan konsep yang lain. Padahal pelajar tahu kedua-dua konsep tersebut Contoh. SPM1999- Terangkan bagaimana keperluan dan kehendak mewujudkan aktiviti perdagangan.

5. Tidak merangka jawapan terlebih dahulu. Ini menyebabkan fakta diulang-ulang beberapa kali.Fakta tidak tersusun dan mengelirukan. Oleh itu Calon perlu membaut rangka jawapan dalam tempoh 3 -5 minti supaya jawapan tersusun dan tidak berulang-ulang atau terlupa untuk dihuraikan.

6. Jawapan yang tidak teratur,tidak tersusun,tidak jelas dan tulisan sukar dibaca. Terdapat jawapan di'rojak'kan semua dalam satu perenggan, tonggang langgang, dan sukar difahami

TEKNIK SKOR CEMERLANG PERDAGANGAN A1

1. Kuasai bab-bab penting
- Mahirkan semua tajuk-tajuk dalam sesuatu bab yang penting.Jadikan anda pakar dalam bab-bab tersebut.Maknanya,apa sahaja soalan dari bab-bab berkenaan,anda boleh jawab. - Selepas anda menguasai sesuatu bab, uji kefahaman anda dengan mengumpulkan semua soalan dari bab tesebut dan cuba jawab.Kumpulkan soalan-soalan SPM tahun-tahun lepas untuk menbiasakan diri dengan soalan-soalan SPM.

2. Beri penekanan pada tajuk-tajuk yang penting dan dah lama tak keluar - Bagi bab-bab lain, tumpukan kepada tajuk-tajuk yang sering keluar atau lama tak keluar. - contohnya: Dokumen dalam negeri atau pemasaran

3. Buat nota ringkas bagi nota yang diberikan guru atau dari buku rujukan - Buat nota poket atau peta minda,yang mudah dibawa ke sana-sini - Nota ini penting menjelang peperiksaan untuk dibaca sepintas lalu - Pembacaan buku rujukan atau nota panjang pada saat akhir,hanya membuatkan anda panik malah boleh menghilangkan memori anda tentang sesuatu perkara.

4. Belajar secara berkumpulan - ini untuk mengelakkan boring belajar sendiri atau sering tertidur - apa yang anda boleh buat:- 1. Buat nota ringkas atau bandingkan nota ringkas anda dengan kawan-kawan 2. Buat kuiz dan latih tubi Timbulkan persaingan antara satu sama lain.

3. Kumpulkan soalan-soalan ikut bab dan cuba jawap .Bandingkan jawapan anda dengan kawan-kawan anda.



KENAPA MESTI SKOR CEMERLANG DALAM MATAPELAJARAN PERDAGANGAN

1. Untuk memperbanyakkan bilangan A..terutama A1.

2. Menepati syarat kemasukan ke Matrikulasi Ekonomi/Pengurusan
Mengikut syarat-syarat kemasukan ke IPTA dalam buku panduan UPU , antara mata pelajaran yang diambil kira ke matrikuslasi ialah matapelajaran Perdagangan. Anda mesti skor A1,A2 atau C3. (Juga mesti kredit dengan baik dalam Matematik dan Bahasa Inggeris)

3. Asas pemilihan pelajaran subjek Pengurusan Perniagaan STPM
Bagi pelajar yang ke Tingkatan 6, mata pelajaran perdagangan membolehkan mereka memilih subjek Pengurusan Perniagaan STPM.


7. BAB-BAB PENTING.

1. Bab 1 & Bab 2 ( Bergilir setiap tahun atau disoal bersama).
2. Bab 3 & Bab 4 ( Bergilir setiap tahun atau disoal bersama).
3. Bab 7 - Perniagaan Luar Negeri.
4. Bab 9 - Bank dan Institusi Kewangan.
5. Bab 10 - Insurans.
6. Bab 11 - Promosi.
7. Bab 12 - Pengangkutan.
8. Bab 15 - Keusahawanan.
9. Bab 16 - Pelaburan.

Sukatan Matapelajaran Perdagangan Tingkatan 4
BAB 1
Asas Kepada Perdagangan
1.1 Keperluan dan Kehendak Manusia
1.2 Pengeluaran
1.3 Faktor-faktor Pengeluaran
1.4 Pengkhususan
1.5 Sistem Barter

BAB 2 Unsur Perdagangan
2.1 Maksud Perdagangan

BAB 3 Perniagaan Dalam Negeri
3.1 Perniagaan Dalam Negeri
3.2 Saluran Agihan
3.3 Perniagaan runcit
3.4 Perniagaan Borong
3.5 Dokumen Perniagaan dalam negeri
3.6 Kaedah Jualan

BAB 4 Perniagaan Antarabangsa
4.1 Perniagaan Antarabanga
4.2 Perniagaan Import, ekspot dan entrepot
4.3 Dokumen perniagaan antarabangsa

BAB 5 Industri Kecil dan Sederhana
5.1 Industri Kecil dan Sederhana (IKS)

BAB 6 Pemilikan Perniagaan
6.1 Memulakan Perniagaan
6.2 Jenis Pemilikan Perniagaan
6.3 Penswastaan

BAB 7 Pelaburan
7.1 Pelaburan
7.2 Jenis Pelaburan
7.3 Panduan Am Melabur

Sukatan Matapelajaran Tingkatan 5
BAB 1 Perbankan Dan Institusi Kewangan Lain
1.1 Sistem Perbankan
1.2 Jenis-Jenis bank
1.3 Perkhidmatan Bank Perdagangan
1.4 Cek
1.5 Institusi Kewangan Lain

BAB 2 Insurans
2.1 Konsep insurans
2.2 Prinsip-prinsip Insurans
2.3 Jenis Insurans
2.4 Takaful
2.5 Belian Polisi dan tuntutan Ganti rugi

BAB 3 Pengangkutan
3.1 Peranan Pengangkutan
3.2 Jenis Pengangkutan
3.3 Pengkontenaan
3.4 Pemilihan Jenis Pengangkutan

BAB 4 Komuniskasi
4.1 Peranan Komunikasi dan Perkhidmatan

BAB 5 Pergudangan
5.1 Peranan dan ciri-ciri gudang
5.2 Jenis-jenis Gudang

BAB 6 Promosi
6.1 Peranan Promosi
6.2 Jenis Promosi
6.3 Media Pengiklanan
6.4 Pemilihan Media Pengiklanan

BAB 7 Peranan Kerajaan Dalam Perniagaan
7.1 Peranan Kerajaan Dalam Perniagaan

BAB 8 Konsumerisme
8.1 Konsumerisme
8.2 Perlindungan Pengguna



Sabtu, 5 Mei 2012

Doa Mencintai Allah





Doa Mencintai Allah


Ya Allah… kurniakanlah untukku cinta-Mu dan cinta
Orang-orang yang mencintai-Mu serta cinta yang dapat
Mendekatkan aku kepada cinta-Mu

Ya Allah… segala pemberian-Mu yang aku sayangi, jadikanlah
Ia kekuatan bagiku untuk mencintai-Mu. Segala yang
Engkau pisahkan dariku sedangkan ia sangat aku sayangi,
Jadikanlah ia ruang untuk cinta-Mu dalam diriku.

Ya Allah… Berikanlah kekuatan untuk mengutamakan
Cinta-Mu berbanding cintaku kepada keluarga, harta dan
Air dingin ketika dahaga.

Ya Allah… Berikanlah aku kekuatan untuk mencintai-Mu,
Para malaikat, nabi-nabi-Mu dan hamba-hamba-Mu yang soleh

Ya Allah… Hidupkanlah hatiku dengan cinta-Mu dan
Jadikanlah aku hamba-Mu yang Engkau cintai

Ya Allah… Berikanlah kekuatan untuk mencintai-Mu
Sepenuh hatiku dan redha kepada-Mu dalam setiap usahaku.

Amin…Amin…Ya Rabbal aa..lamin

Jumaat, 4 Mei 2012

Tingkatan 5 : Bab 8: Konsumerisme





1.
Maksud Konsumerisme
-          Satu perjuangan bagi melindungi hak dan kepentingan pengguna
-          Satu usaha bagi menyedarkan pengguna tentang hak mereka supaya taraf hidup  meningkat

2.
Matlamat Konsumerisme
-          melindungi hak pengguna
-          mewujudkan iklim perniagaan yang harmoni
-          membina kualiti kehidupan yang lebih baik

3.
Maksud pengguna
-          orang yang menggunakan barang  untuk penuhi keperluan dan kehendak

4.
Amalan perniagaan yang tidak sihat
-          letak harga  tidak berpatutan
-          buat iklan  mengelirukan
-          tawar barang  berkualiti rendah
-          jual barang yang tidak selamat

5.
Hak pengguna
  1. Hak mendapat keperluan asas
-                     makanan/pakaian

  1. Hak mendapat keselamatan
-                      dilindungi daripada  kesan yang boleh   membahayakan  kesihatan 
-                      contoh: racun makhluk perosak / ubat-ubatan

  1. Hak mendapat maklumat
-                      fakta   lengkap  sesuatu barang supaya  tidak tertipu

  1. Hak membuat pilihan
-                      Dapat pelbagai barang berkualiti berdasarkan citarasa

  1. Hak mendapat ganti rugi
-                      berjumpa sendiri dengan peniaga /mengadu kepada persatuan pengguna

  1. Hak bersuara
-                     secara peribadi /  perwakilan

  1. Hak mendapat pendidikan pengguna
-                     melalui ceramah / forum

  1. Hak mendapat alam sekitar yang sihat
-                      kerajaan gubal akta seperti Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 / Akta Racun Mahkluk Perosak 1974
6.
Lima Tanggungjawab pengguna
  1. Kesedaran mengkritik
-    boleh membuat aduan
  1. Penglibatan dan tindakan
-    bergiat aktif dalam persatuan pengguna / khidmat sosial
  1. Tanggungjawab sosial
-    Memberi derma kepada orang miskin/tua
  1. Tanggungjawab alam semulajadi
-    tidak membuang sampah di merata tempat / tidak menebang pokok sesuka hati
  1. Bersatu padu
-    supaya wujud kekuatan / pengaruh untuk jayakan perjuangan

7.
Enam Tanggungjawab pengeluar
a.    Praktikkan amalan perniagaan yang baik
-    tidak menipu/ jual barang berkualiti
b. Amal pengiklanan yang beretika
-    iklan mesti tepat / tidak mengaitkan jenama produk lain
  1. Sedia terima rungutan
-    kaunter khidmat pelanggan / kaunter aduan
  1. Membantu menyebarkan pendidikan konsumerisme
-    melalui seminar/forum
  1. Memelihara alam sekitar
-    menggurangkan penggunaan bahan yang  mencemarkan
  1. Menjalankan tanggungjawab sosial
-    memberi derma/ biasiswa

8.
Lima prinsip asas  membeli dengan bijak
  1. Menentukan jenis barang
-    barang keperluan atau kehendak
  1. Menentukan sebab membeli
-    untuk memenuhi keperluan/menunjuk-nunjuk
c.  Menentukan masa membeli
-    masa tawaran istimewa/ musim perayaan
  1. Memilih tempat membeli
-    lokasi berhampiran
-    menawarkan pelbagai barang
-    harga berpatutan dan barang berkualiti
-    sikap  jujur dan layanan mesra
-    ada kemudahan seperti ruang makan/tandas
  1. Mengetahui teknik membeli
-    buat perbandingan harga
-    tengok kualiti barang
-    periksa kuantiti barang
-    tahu tarikh luput
-    ada jaminan jualan
                              
9.
Peranan kerajaan dalam melindungi pengguna
  1. Tubuh kementerian yang menjaga hal-ehwal pengguna
-          iaitu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal-Ehwal Pengguna
  1. Beri kesedaran tentang konsumerisme
-    melalui ceramah /kempen
  1. Wujudkan akta/peraturan
-    Peraturan Makanan 1985/Akta Perihal Dagangan 1972
  1. Tubuh  kementerian / jabatan untuk kuatkuasa undang-undang
-    Kementerian Kesihatan/Jabatan Alam Sekitar

10.
Agensi lain  dan peranannya dalam melindungi pengguna

  1. Majlis Penasihat Pelindung Pengguna Kebangsaan (MPPPK) @ Majlis Pengguna
-   Nasihat kerajaan tentang hal-ehwal perlindungan pengguna
-    Elakkan penyelewengan dan ketidakadilan amalan perniagaan
-    Beri pendidikan konsumerisme melalui risalah /tv
-    Wujudkan  petugas yang dapat bantu selesaikan isu-isu kepenggunaan
-    Menerbitkan Kod Etika Amalan Perniagaan

  1. Tribunal Tuntutan Pengguna
-    Mudahkan pengguna membuat tuntuan gantirugi dengan cepat ,mudah dan murah
-    Jadi saluran alternatif selain Mahkamah Sivil untuk menuntut gantirugi
-    Dengar jumlah tuntutan yang tidak melebihi RM10,000

  1. Persatuan Pengguna
-    Terima dan siasat aduan  pengguna
-    Jalankan penyelidikan dari segi kualiti/keselamatan
-    Beri laporan melalui  penerbitan majalah/berita
-    Adakan pendidikan kepenggunaan melalui bengkel/forum

  1. Persatuan Pengeluar
-    Pastikan ahli mematuhi kod etika  berkaitan dengan pengeluaran/persaingan
-    Adakan kempen membeli barang buatan tempatan

  1. Persatuan Profesional
-    Pastikan  ahli patuhi garis panduan profesion masing-masing

  1. Persatuan Peniaga
-    Ingatkan peniaga agar mematuhi peraturan yang berkaitan dengan perlindungan pengguna /  jujur dengan pengguna
-    Sediakan kod etika mengenai jualan

11.
Etika Amalan Perniagaan
-          diperkenalkan tahun 1982
-          digubal oleh Majlis  Penasihat Pelindung Pengguna Kebangsaan (MPPPK)
-          bertujuan mewujudkan perpaduan di kalangan  peniaga, pengeluar, pengguna dan kerajaan
-          mempunyai 5 prinsip:
    • Kenalpasti dan akui  hak-hak pengguna
    • Tidak menyampaikan maklumat yang mengelirukan
    • Patuhi prinsip perniagaan secara adil
    • Tidak burukkan pesaing
    • Amal perniagaan yang jujur
-          mengandungi   Etika Penjual dan Etika Pembeli

12.
Etika Pembeli
(mengandungi dua tanggungjawab pembeli)
  1. Tanggungjawab terhadap penjual
-    patuhi syarat kontrak
-    jelaskan hutang mengikut tempoh
-    tidak boleh paksa penjual sediakan perkhidmatan yang melebihi bayaran
-    tidak menawarkan harga  terlalu rendah sehingga  peniaga rugi
-    tidak kembalikan barang tanpa alasan yang kukuh/ tanpa tunjuk kad jaminan
-    amalkan sifat sopan santun
-    beri pandangan   untuk tingkatkan kualiti barang

  1. Tanggungjawab terhadap masyarakat
-    libatkan diri dalam persatuan pengguna
-    jaga persekitaran tempat tinggal/ pelihara alam sekitar
-    elak aktiviti pembakaran secara terbuka/ yang cemarkan alam sekitar
-    tidak sebarkan khabar angin seperti kenaikan harga barang/ kekurangan bekalan




13.

Etika Penjual
(Mengandungi enam tanggungjawab penjual)

  1. Tanggungjawab terhadap pekerja
-    jaga kebajikan pekerja dengan kemudahan tempat tinggal/pengangkutan
-    beri bimbingan /latihan untuk meningkatkan produktiviti
-    memberi ganjaran setimpal seperti gaji/bonus

  1. Tanggungjawab terhadap pelanggan
-    sediakan barang berkualiti
-    sentiasa berusaha tingkatkan kualiti barang
-    tepati keperluan dan kehendak pengguna
-    jual barang pada harga berpatutan
-    bermaklumat  yang lengkap
-    adakan kempen promosi yang jujur
-    sediakan khidmat lepas jualan / khidmat nasihat
-    beri layanan sama rata

  1. Tanggungjawab terhadap pemodal
-    maklumkan kedudukan pelaburan / perniagaan
-    beri kadar pulangan yang memuaskan
-    jalankan pengurusan yang cekap

  1. Tanggungjawab terhadap pembekal
-    layanan adil kepada semua pembekal
-    patuhi segala  syarat kontrak
-    berusaha jual barang  dengan segera
-    amalkan ‘sistem payung’
-    pastikan syarat kontrak  jelas

  1. Tanggungjawab terhadap masyarakat
-    pelihara alam sekitar
-    guna sumber yang manfaatkan masyarakat
-    beri sumbangan kepada pembangunan / penyelidikan melalui  biasiswa / subsidi

  1. Tanggungjawab terhadap kerajaan
-    bayar cukai
-    sedia peluang pekerjaan
-    guna sumber bahan mentah tempatan dengan cekap
-    adakan rundingan dengan kerajaan mengenai penggubalan / perlaksanaan  dasar



SELAMAT MAJU JAYA