BLOG

TENTANG BLOG

Tujuan & kelebihan.


1. Sumber rujukan.

Portal ini diwujudkan bagi menyediakan sumber rujukan mata pelajaran Perdagangan buat para pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) iaitu Tingkatan 4 & 5. Sedar akan sukarnya para pelajar masa kini untuk mendapatkan sumber rujukan bagi mata pelajaran Perdagangan secara percuma, penulis berasa tergerak hati untuk menubuhkan satu platform bagi mempelbagaikan lagi kemudahan sumber rujukan yang sedia ada.

2. Nota & latihan. Tiada alasan.

Dengan segala kemudahan aplikasi nota dan latihan melalui teks, slideshow dan video yang disediakan, memudahkan para pelajar untuk mendapatkan sumber rujukan terkini. Kini mereka tiada alasan untuk tidak berjaya dalam mata pelajaran ini.

2. Di mana sahaja. Tak kira masa. Lebih bebas.

Para pelajar boleh melayari laman ini tanpa terikat dengan sebarang halanagan. Laman portal ini boleh dilayari setiap masa walau di mana jua pelajar berada. Ini kerana laman portal ini juga boleh dilayari dari telefon mudah alih pelajar. Jadi mereka punya lebih kebebasan untuk mendapatkan sumber rujukan bagi mata pelajaran ini.

3. Tiada pendaftaran. Tiada bayaran.

Tiada pendaftaran diperlukan serta tiada sebarang bayaran dikenakan. Laman portal ini adalah percuma untuk semua pelajar mata pelajaran Perdagangan Tingkatan 4 & 5.

4. Lebih manfaat . Lebih faedah.

Dengan segala kemudahan aplikasi nota dan latihan melalui teks, slideshow dan video yang disediakan, kini rujukan mereka lebih padat dan masa mereka lebih berfaedah.


Akhir kata, selamat maju jaya.