TEKNIK MENJAWAB SOALAN PERDAGANGAN KERTAS SATU
(OBJEKTIF) 3755/1
A. PENGENALAN
Kertas satu mempunyai 40 soalan
Masa yang diperuntukkan 1 Jam 15 minit
Kertas ini menyumbangkan 40% markah keseluruhan matapelajaran perdagangan
Oleh itu, satu soalan betul menyumbangkan 1 markah mutlak. (40soalan = 40
markah)
Untuk skor A1, pelajar mesti membaca kehendak soalan-soalan objektif dengan
teliti dan jangan ambil mudah kerana satu markah itu amat penting.
B. PEMILIHAN JAWAPAN
* Setiap soalan objektif diikuti oleh 4 pelengkap
* Hanya satu jawapan yang betul dan tiga yang lain distraktor.
* Terdapat dua cara untuk menjawab bentuk soalan ini:-
a. Mencari jawapan yang betul dan mengabaikan tiga distraktor
b. Menganalisa semua alternatif dan menolak setiap distraktor sehingga mendapat
jawapan yang betul.
C. APAKAH YANG DIKEHENDAKI OLEH PEMERIKSA
* Soalan objektif menguji berbagai-bagai kemahiran dan kebolehan pelajar
seperti
· mengingat kembali
· mengira
· mengidentifikasi
· mencari persamaan
· mengaplikasi
· mencari perbezaan
· mendeduksi
· membuat perbandingan
· menginterpretasi
* Anda boleh menjawab soalan dengan memahami fakta-fakta penting pada setiap
topik atau menggunakan formula untuk membiasakan diri untuk menjawab pengiraan.
Pelajar dibenarkan membawa kalkulator (mesin kira) ke dalam dewan peperiksaan.
D. PANDUAN MENJAWAB SOALAN
1. Cuba jawab semua soalan dan tinggalkan soalan yang sukar dijawab kerana anda
akan membuang masa jika mengambil masa yang lama.
2. Bulatkan nombor-nombor soalan yang tidak dapat dijawab
3. Setelah menjawab semua soalan,kembali kepada soalan-soalan yang dibulatkan
itu.
4. Jika anda masih tidak dapat menjawabnya, teka dengan bijak jawapan yang
paling mungkin sekali.
5. Jangan tinggalkan sebarang soalan tanpa dijawab . Markah tidak akan dipotong
bagi jawapan yang salah.
6. Setelah mendapat jawapan bagi setiap soalan ,terus hitamkan pada kertas
jawapan.
7. Pastikan jawapan yang dihitamkan sepadan dengan jawapan dipilih dalam kertas
soalan dan nombor soalan
8. Semak semula jawapan yang dihitamkan dengan baik sebelum dihantar .
E. CONTOH SOALAN OBJEKTIF
A. Aneka Pelengkap
1. Faktor yang membezakan usahawan dengan peniaga ialah usahawan berusaha
A. untuk mencari untung
B. meningkatkan taraf hidup
C. memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat
D. mengatasi pesaing-pesaing dalam perniagaan
B. Aneka Pilihan
2. Mengapakah peniaga milikan tunggal lebih cenderung untuk menukarkan
perniagaannya kepada perkongsian?
I. mengurangkan persaingan
II. mendapatkan lebih banyak modal
III. mengurangkan risiko kerugian
IV. menambahkan kemahiran dan pengetahuan perniagaan
A. I,II dan III
B. II,III dan IV
C. I,II dan IV
D. I,III dan IV
(Untuk menjawab soalan objektif, gariskan kehendak soalan dan kata kunci yang
berada dalam jawapan. Dalam soalan di atas, Jika sukar untuk mencari jawapan
tepat. maka tolak dahulu jawapan yang paling tidak tepat. Akhir sekali, jika
terdapat 2 jawapan yang sukar dibezakan. Pilihlah yang anda rasa paling tepat
dan kebarangkalian jawapan anda betul lebih tinggi.)
TEKNIK MENJAWAB SOALAN PERDAGANGAN : KERTAS 2 (SOALAN ESEI) 3755/2
1) PERUNTUKKAN MASA
* Anda mempunyai masa 2 jam untuk menjawab empat soalan esei.
* Ini bermakna anda hanya mempunyai masa 30 minit untuk menjawab setiap soalan.
* Anda mesti memperuntukkan jumlah masa yang sama untuk setiap soalan.
* Anda dinasihatkan bermula menjawab soalan yang lebih senang dahulu dan
diikuti dengan soalan yang lebih susah kemudian.
* Jangan mengambil terlalu banyak masa untuk menjawab sesuatu soalan yang
tertentu sehingga tidak sempat menjawab soalan-soalan yang lain.
* Sekiranya anda mengambil masa lebih dari 30 minit untuk menjawab sesuatu
soalan, anda mesti tinggalkannya dan terus kepada soalan yang lain.
* Anda boleh kembali semula kepada soalan tersebut jika masih ada masa selepas
menjawab semua soalan-soalan yang lain
* Peruntukkan sedikit masa untuk menyemak jawapan anda
* Jangan menjawab kurang daripada jumlah soalan yang dikehendaki kerana anda
akan kehilangan markah.
* Katakan jika anda hanya menjawab sebanyak tiga daripada empat soalan yang
dikehendaki, anda akan kehilangan sebanyak 25% daripada jumlah keseluruhan
markah esei dan 15% markah keseluruhan. jangan tinggalkan mana-mana soalan
tanpa dijawab, tulislah apa-apa yang diingati tentang perkara yang berkaitan.
2. PEMILIHAN SOALAN
* Dalam kertas ini, anda boleh memilih mana-mana tiga soalan daripada bahagian
A dan
wajib menjawab soalan bahagian B (Kajian Kes).
* Sebelum memilih soalan, anda mesti membaca semua soalan dengan teliti dan
menggariskan perkataan-perkataan yang penting.
* Semasa memilih soalan,pilih soalan yang anda boleh menjawab denga baik dan
dapat memberikan fakta yang banyak.
* Anda mesti berhati-hati semasa memilih soalan supaya tidak memilih soalan
yang salah.
* Pemilihan soalan yang salah akan membuang masa anda untuk mencuba soalan yang
lain.
* Jika anda telah menjawab 4 soalan dan ada jawapan yang tidak memuaskan atau
terlalu sedikit yang anda tahu, maka jika ada masa lagi cubalah jawab soalan
lain bermakna
anda boleh menjawab lebih daripada 4 soalan. Ini sebagai alternatif bagi
jawapan yang anda
rasa tak memuaskan tadi.
Ingat! Semua jawapan akan diperiksa maka pemeriksa akan memilih 4 jawapan anda
yang
terbaik.
3. PANDUAN MENJAWAB SOALAN
1. Untuk menjawab soalan dalam kertas ini, anda dikehendaki memberikan jawapan
panjang berbentuk esei
2. Jumlah perkataan bagi setiap esei ialah kira-kira 300 -400 patah perkataan
(secara purata) atau 1 1/2 - 2 muka surat. (Ini hanya gambaran jawapan yang
ideal, tak perlu kira patah perkataan)
3. Jawapan yang dikemukakan hendaklah selaras dengan jumlah markah yang
diperuntukkan.Anda harus ingat markah diberikan bagi fakta-fakta yang
dikemukakan dan bukan berdasarkan panjang sesuatu esei.
4. Anda mesti merancangkan jawapan anda dengan baik dan menjawab mengikut kehendak
soalan.
5. Bahasa yang digunakan mestilah baik, jelas dan mudah difahami.
6. Anda dinasihatkan memperuntukan sebanyak 5 minit untuk merangka jawapan.
Semua fakta-fakta penting yang berkaitan dengan soalan mesti disenaraikan di
dalam rangka jawapan 7. Rangka jawapan membantu anda mempersembahkan jawapan
dengan fakta-fakta yang cukup dan mengikut susunan yang rapi.
8. Jangan menerangkan sesuatu fakta dengan panjang lebar sehingga mengabaikan
fakta-fakta yang lain.
9. Semasa menulis jawapan, anda mesti menghuraikan setiap fakta tersebut dengan
baik, jelas dan tepat.
10.Setiap soalan esei mesti dibahagi kepada beberapa perenggan. Mulakan setiap
fakta dengan perenggan yang baru. Jika terdapat 8 fakta maka jelaskan dalam 8
perenggan.
Ringkasnya: SATU PERENGGAN => {SATU FAKTA,HURAIAN,CONTOH}
11.Sebaik-sebaik setiap fakta / perenggan diberikan nombor,manakala fakta
utamanya dijadikan sub-tajuk atau kepala sesuatu perenggan dan digariskan
12.Setiap fakta / perenggan seharusnya diselangi dengan satu baris kosong antara
satu perenggan dengan perenggan yang lain.
13.Bagi memulakan jawapan baru bagi soalan berikutnya, gunakan kertas jawapan
baru. Elakkan menyambung jawapan anda di bawah jawapan soalan lain.
14.Jawapan yang baik adalah jawapan yang mempunyai banyak fakta,penerangan yang
jelas, contoh yang konkrit dan perenggan yang bersesuaian dengan markah.
15.Untuk soalan perbezaan ,tunjukkan dengan jelas dengan bentuk jadual 'T'.
Bezakan berdasarkan perkara yang sama.Untuk persamaan, tidak perlu jadual 'T'.
16. Jawapan tidak perlu pendahuluan atau penutup. Terus kepada menjawab
mengikut kehendak soalan.
17. Bagi soalan kajian kes masukkan nama individu yang terlibat dalam kajian
kes tersebut.
4. BENTUK-BENTUK SOALAN ESEI
1. Pengetahuan / fakta / terangkan
2. Buat nota ringkas
3. Perbezaan / Persamaan
4. Kajian kes
5. Kebaikan dan Keburukan
6. Fungsi / Peranan /Perkhidmatan
5. KEHENDAK SOALAN
Kehendak soalan merupakan idea utama dalam bentuk perkataan dan rangkai kata
dan mesti diberikan perhatian.Perkataan dan rangkai kata penting dalam sesuatu
soalan. Beberapa perkataan dan maknanya telah diberikan dalam jadual di bawah.
a.Terangkan / Jelaskan Memerlukan anda menerangkan sesuatu. Tujuannya ialah
supaya pembaca mengerti atau faham tentang perkara yang diterangkan atau
dijelaskan
Contohnya: “Insurans memerlukan kepentingan yang boleh diinsuranskan”.
Terangkan pernyataan ini dari segi insurans kebakaran
b. Huraikan Bererti memberitahu segala yang anda tahu supaya pembaca boleh
menggambarkan dengan jelas perkara yang dihuraikan .
Contohnya: Huraikan prosedur menubuhkan sebuah syarikat umum berhad
c. Bincangkan / Beri ulasan Mengkehendaki anda mempertmbangkan tajuk yang
hendak dibincangkan dengan teliti dan melihat dari pelbagai sudut. Memerlukan
pemikiran yang lebih mendalam tentang perkara yang dibincangkan.
Contohnya: Usahawan adalah seorang peniaga tetapi peniaga tidak semestinya
usahawan. Bincangkan.
d. Berikan / Namakan Senaraikan Memerlukan anda memberikan fakta. Tidak
memerlukan penjelasan yang lebih lanjut
Contohnya: Berikan sebab-sebab cek tak layan
e.Takrifkan Menerangkan makna sesuatu konsep dengan tepat dan teliti.
Contohnya: Takrifkan pengkhususan
f. Nyatakan Mengkehendaki anda menyatakan sesuatu perkara atau menjelaskan
dengan teliti Contohnya: Nyatakan peranan yang dimainkan oleh bank pusat
g.Bezakan Memberikan perbezaan di antara dua perkara
Contohnya: Bezakan di antara perniagaan luar negeri dengan perniagaan dalam
negeri
h. Buat Perbandingan Mengkehendaki anda membandingkan dua atau lebih perkara untuk
mencari perbezaannya
Contohnya: Buat Perbandingan di antara pengangkutan jalan raya dan pengangkutan
kereta api
i.Tuliskan nota-nota ringkas Memerlukan anda menulis fakta-fakta yang paling
penting tentang sesuatu perkara dengan ringkas dan jelas
Contohnya: Tuliskan nota-nota ringkas bagi empat perkara dibawah:
a. Cek Kembara
b. Invios Pro-forma
c. Poslaju
d. Kontenarisasi
j. Bagaimana / Dengan cara apakah Memerlukan anda membentangkan cara-cara
melakukan sesuatu
Contohnya: Bagaimanakah perniagaan pesanan mel dijalankan
k. Mengapakah / Apakah sebab-sebab Memerlukan anda memberikan alasan satu demi
satu untuk menerangkan sesuatu
Contohnya: Mengapakah pengguna memerlukan perlindungan?
l. Apakah / Apakah yang dimaksudkan Menjelaskan sesuatu perkara dengan tepat
dan ringkas dalam satu atau dua perenggan sahaja
Contohnya: Apakah cek kosong?
JANGAN SIA-SIA MASA YANG TERLUANG DENGAN TIDUR.MANFAAT MASA 2 JAM TERSEBUT
SEBAIK MUNGKIN.
BEBERAPA KELEMAHAN JAWAPANPERDAGANGAN KERTAS 2
1. Gagal memahami kehendak soalan, terutama soalan-soalan yang berbentuk
kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Kehendak soalan tidak jelas di
mana pelajar diminta untuk mencari sendiri kehendak soalan dripada petikan atau
ransangan yang diberikan. Dalam hal ini. calon perlu memastikan kehendak
terlebih dahulu supaya tidak tersalah tafsir dan terpesong. Hanya dengan
kefahaman mendalam tentang tajuk tersebut membolehkan calon menjawab soalan
tersebut.
2. Calon tidak mempersembahkan jawapan mengikut peruntukan markah yang ditetapkan.
Jawapan kekurang fakta. Misalnya,15 markah diperuntukkan untuk satu soalan.
Maka, 5 isi diperlukan (5 x 3 =15 m) sedangkan pelajar jawab kurang daripada
sepatutnya. Terdapat calon menjawab terlalu panjang sampai 2 muka surat untuk
markah yang kecil .Misalnya 8 markah.Pelajar perlulah memastikan berapa isi
bagi markah yang diperuntukkan.(Misalnya;8m=4isi x 2m atau 16m=4isi x 4m)
3. Calon tidak merancang masa mengikut peruntukan markah. Misalnya, pelajar
menjawab dengan panjang lebar bagi markah sedikit dan menjawab dengan ringkas
bagi jawapan panjang.
4. Kurang mahir mengaitkan satu konsep dengan satu konsep yang lain. Ramai
pelajar tidak dapat mengaitkan satu konsep dengan konsep yang lain. Padahal
pelajar tahu kedua-dua konsep tersebut Contoh. SPM1999- Terangkan bagaimana
keperluan dan kehendak mewujudkan aktiviti perdagangan.
5. Tidak merangka jawapan terlebih dahulu. Ini menyebabkan fakta diulang-ulang
beberapa kali.Fakta tidak tersusun dan mengelirukan. Oleh itu Calon perlu
membaut rangka jawapan dalam tempoh 3 -5 minti supaya jawapan tersusun dan
tidak berulang-ulang atau terlupa untuk dihuraikan.
6. Jawapan yang tidak teratur,tidak tersusun,tidak jelas dan tulisan sukar
dibaca. Terdapat jawapan di'rojak'kan semua dalam satu perenggan, tonggang langgang,
dan sukar difahami
TEKNIK SKOR CEMERLANG PERDAGANGAN A1
1. Kuasai bab-bab penting
- Mahirkan semua tajuk-tajuk dalam sesuatu bab yang penting.Jadikan anda pakar
dalam bab-bab tersebut.Maknanya,apa sahaja soalan dari bab-bab berkenaan,anda
boleh jawab. - Selepas anda menguasai sesuatu bab, uji kefahaman anda dengan
mengumpulkan semua soalan dari bab tesebut dan cuba jawab.Kumpulkan
soalan-soalan SPM tahun-tahun lepas untuk menbiasakan diri dengan soalan-soalan
SPM.
2. Beri penekanan pada tajuk-tajuk yang penting dan dah lama tak keluar - Bagi
bab-bab lain, tumpukan kepada tajuk-tajuk yang sering keluar atau lama tak
keluar. - contohnya: Dokumen dalam negeri atau pemasaran
3. Buat nota ringkas bagi nota yang diberikan guru atau dari buku rujukan -
Buat nota poket atau peta minda,yang mudah dibawa ke sana-sini - Nota ini
penting menjelang peperiksaan untuk dibaca sepintas lalu - Pembacaan buku
rujukan atau nota panjang pada saat akhir,hanya membuatkan anda panik malah
boleh menghilangkan memori anda tentang sesuatu perkara.
4. Belajar secara berkumpulan - ini untuk mengelakkan boring belajar sendiri
atau sering tertidur - apa yang anda boleh buat:- 1. Buat nota ringkas atau
bandingkan nota ringkas anda dengan kawan-kawan 2. Buat kuiz dan latih tubi
Timbulkan persaingan antara satu sama lain.
3. Kumpulkan soalan-soalan ikut bab dan cuba jawap .Bandingkan jawapan anda
dengan kawan-kawan anda.
KENAPA MESTI SKOR CEMERLANG DALAM MATAPELAJARAN PERDAGANGAN
1. Untuk memperbanyakkan bilangan A..terutama A1.
2. Menepati syarat kemasukan ke Matrikulasi Ekonomi/Pengurusan
Mengikut syarat-syarat kemasukan ke IPTA dalam buku panduan UPU , antara mata
pelajaran yang diambil kira ke matrikuslasi ialah matapelajaran Perdagangan.
Anda mesti skor A1,A2 atau C3. (Juga mesti kredit dengan baik dalam Matematik
dan Bahasa Inggeris)
3. Asas pemilihan pelajaran subjek Pengurusan Perniagaan STPM
Bagi pelajar yang ke Tingkatan 6, mata pelajaran perdagangan membolehkan mereka
memilih subjek Pengurusan Perniagaan STPM.
7. BAB-BAB PENTING.
1. Bab 1 & Bab 2 ( Bergilir setiap tahun atau disoal bersama).
2. Bab 3 & Bab 4 ( Bergilir setiap tahun atau disoal bersama).
3. Bab 7 - Perniagaan Luar Negeri.
4. Bab 9 - Bank dan Institusi Kewangan.
5. Bab 10 - Insurans.
6. Bab 11 - Promosi.
7. Bab 12 - Pengangkutan.
8. Bab 15 - Keusahawanan.
9. Bab 16 - Pelaburan.
Sukatan Matapelajaran Perdagangan Tingkatan 4
BAB 1
Asas Kepada Perdagangan
1.1 Keperluan dan Kehendak Manusia
1.2 Pengeluaran
1.3 Faktor-faktor Pengeluaran
1.4 Pengkhususan
1.5 Sistem Barter
BAB 2 Unsur Perdagangan
2.1 Maksud Perdagangan
BAB 3 Perniagaan Dalam Negeri
3.1 Perniagaan Dalam Negeri
3.2 Saluran Agihan
3.3 Perniagaan runcit
3.4 Perniagaan Borong
3.5 Dokumen Perniagaan dalam negeri
3.6 Kaedah Jualan
BAB 4 Perniagaan Antarabangsa
4.1 Perniagaan Antarabanga
4.2 Perniagaan Import, ekspot dan entrepot
4.3 Dokumen perniagaan antarabangsa
BAB 5 Industri Kecil dan Sederhana
5.1 Industri Kecil dan Sederhana (IKS)
BAB 6 Pemilikan Perniagaan
6.1 Memulakan Perniagaan
6.2 Jenis Pemilikan Perniagaan
6.3 Penswastaan
BAB 7 Pelaburan
7.1 Pelaburan
7.2 Jenis Pelaburan
7.3 Panduan Am Melabur
Sukatan Matapelajaran Tingkatan 5
BAB 1 Perbankan Dan Institusi Kewangan Lain
1.1 Sistem Perbankan
1.2 Jenis-Jenis bank
1.3 Perkhidmatan Bank Perdagangan
1.4 Cek
1.5 Institusi Kewangan Lain
BAB 2 Insurans
2.1 Konsep insurans
2.2 Prinsip-prinsip Insurans
2.3 Jenis Insurans
2.4 Takaful
2.5 Belian Polisi dan tuntutan Ganti rugi
BAB 3 Pengangkutan
3.1 Peranan Pengangkutan
3.2 Jenis Pengangkutan
3.3 Pengkontenaan
3.4 Pemilihan Jenis Pengangkutan
BAB 4 Komuniskasi
4.1 Peranan Komunikasi dan Perkhidmatan
BAB 5 Pergudangan
5.1 Peranan dan ciri-ciri gudang
5.2 Jenis-jenis Gudang
BAB 6 Promosi
6.1 Peranan Promosi
6.2 Jenis Promosi
6.3 Media Pengiklanan
6.4 Pemilihan Media Pengiklanan
BAB 7 Peranan Kerajaan Dalam Perniagaan
7.1 Peranan Kerajaan Dalam Perniagaan
BAB 8 Konsumerisme
8.1 Konsumerisme
8.2 Perlindungan Pengguna
Tiada ulasan:
Catat Ulasan