BAB 3: PENGANGKUTAN
Maksud
- pindah barang dari satu tempat ke tempat lain dengan pelbagai jenis kenderaan sama ada melalui darat, air, udara atau saluran paip
Peranan Pengangkutan
- Bawa barang
dari tempat lebih ke tempat kurang
selaras permintaan dan penawaran
stabilkan harga
- Edar barang ke merata dunia
pasaran lebih luas
pilihan pengguna banyak
- Peniaga mudah dapat bekalan bahan mentah
- Galakkan pengeluaran secara besar-besaran
- Elakkan pembaziran
- Memudahkan mobiliti / pergerakan tenaga buruh
- Mengurangkan kos penyimpanan stok / kos gudang
- Galakkan pertumbuhan ekonomi
mewujudkan peluang pekerjaan
mengurangkan kadar pengganguran
meningkatkan taraf hidup masyarakat
meningkatkan pendapatan negara
- Galakkan penyebaran sains dan teknologi
- Galakkan kemasukan pelaburan dan pelancongan
JENIS PENGANGKUTAN
- terdapat empat jenis pengangkutan iaitu;
· Pengangkutan darat
· Pengangkutan laut
· Pengangkutan udara
· Saluran paip
PENGANGKUTAN DARAT
- terbahagi kepada dua iaitu;
· jalan raya
· rel
Pengangkutan Jalanraya
- terdiri daripada pengangkutan;
· haiwan - lembu, kuda
· kenderaan - lori, van
Kelebihan
- Boleh serah barang dari pintu ke pintu
- jimatkan masa
- Kerja pemunggahan kurang
- risiko barang rosak sedikit
- Murah dan cepat untuk jarak dekat
- sesuai bawa barang diperlukan segera
- Tiada jadual perjalanan
- Kemudahan kenderaan mudah didapati dan banyak
- Mudah hubungi kawasan pendalaman
Kekurangan
- Mahal dan lambat bagi jarak jauh
sebab kesesakan lalu lintas / kemalangan / kenderaan rosak
- Ruang muatan terhad
- Tidak sesuai mengangkut barang mudah pecah (contoh: kaca, seramik)
- Kos penyelenggaraan tinggi
- Pembaziran tenaga buruh
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
- Bidang tugasnya:
· Daftar kenderaan bermotor
· Keluarkan lesen kenderaan dan cukai jalan
· Uji dan keluarkan lesen memandu
· Keluarkan permit sekolah memandu
· Kawal dan tetapkan tambang kenderaan awam
· Kuatkuasakan undang-undang jalan raya
· Uji dan memberi lesen kepada konduktor bas
· Kerjasama dengan Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan dalam urusan perlesenan kenderaan komersil
Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP)
- Bidang tugasnya:
· Kawal kegunaan pengangkutan kenderaan awam seperti teksi dan bas demi menjaga kepentingan orang awam
· Keluarkan lesen kenderaan perkhidmatan awam dan lesen kenderaan perdagangan iaitu;
Ø Lesen Pembawa A
- benarkan kenderaan bawa barang orang lain / untuk disewa
Ø Lesen Pembawa C
- hanya benarkan kenderaan bawa barang sendiri
- kenderaan tidak boleh disewa
Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM)
- Bidang tugasnya:
· Periksa dan uji kenderaan komersil dan pastikan selamat digunakan
Pengangkutan Rel
- contoh seperti relbas, kereta api, komuter, LRT
Kelebihan
- Murah dan cepat bagi jarak jauh
- Ruang muatan lebih luas
- Sesuai untuk bawa barang pukal / berat / kuatiti banyak / bernilai rendah
seperti kayu balak , simen, pasir
- Lebih selamat / kurang kemalangan dan selesa
- Masa bertolak dan tiba diketahui
mudahkan peniaga hantar / tunggu barang
- Ada gerabak khas untuk bawa barang
Contoh: gerabak bertangki – petrolium , simen, susu getah
gerabak panjang / terbuka – kayu balak, kontena
- ada kemudahan kontenarisasi
Kekurangan
- Mahal dan lambat bagi jarak dekat
- Tiada perkhidmatan pintu ke pintu
- Banyak kerja pemunggahan
risiko barang rosak / hilang tinggi
- Tidak fleksibel kerana arah dan masa perjalanan ditetapkan
- Kos penyelenggaraan tinggi
- Rangkaian perkhidmatan keretapi terhad – tidak semua bandar dihubungkan dengan perkhidmatan kereta api
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)
- Bidang tugasnya meliputi:
· Sediakan landasan, stesen, menetapkan jadual perjalanan dan tambang
· Sediakan dua perkhidmatan utama iaitu:
+ keretapi penumpang à keretapi mel, ekspres, komuter
+ keretapi barang / kargo à gerabak bertangki
PENGANGKUTAN LAUT
- sangat penting dalam perdagangan antarabangsa
- terdiri daripada:
· Perkapalan antarabangsa
- belayar merentasi lautan besar
- contoh: kapal kargo, kapal kerentan, kapal penumpang
· Perkapalan dalam negeri
- belayar sepanjang pantai
- contoh: feri, kapal pesisir pantai
Jenis kapal
· Kapal kargo
- kapal khas bawa kargo dan sedikit penumpang
- belayar ikut jalan dan jadual tetap
- hanya singgah di pelabuhan yang ditetapkan
- tidak dapat dicarter tetapi ruangnya boleh disewa
- tambang ditetapkan oleh Persidangan Perkapalan
- terdapat pelbagai jenis kapal kargo khas iaitu:
+ kapal kontena à khusus untuk membawa kontena
+ kapal tangki à khusus untuk membawa petrolium, bahan kimia, gas asli cecair
+ kapal penyetoran sejuk à ada bilik sejuk untuk simpan daging, sayur
· Kapal kerentan (kapal tramp)
- kapal khas bawa kargo pukal sahaja seperti kayu balak, bijih timah
- boleh ditempah / sewa atau dicarter
- tidak belayar ikut jalan dan jadual yang tetap
- belayar ke mana-mana destinasi mengikut arahan pencarter / penyewa
- kapal boleh dicarter untuk satu pelayaran (carter perjalanan) atau untuk satu tempoh (carter masa)
- boleh dicarter / sewa di Pasaran Baltik
- tambang boleh ditawar
· Kapal penumpang
- kapal yang bawa penumpang, mel dan sedikit kargo
- belayar ikut jalan dan jadual yang tetap
- hanya singgah di pelabuhan yang ditetapkan
- tambang ditetapkan oleh Persidangan Perkapalan
· Kapal pesisir pantai
- digunakan sepanjang pantai untuk hubungkan bandar tepi pantai dengan pelabuhan
- tujuannya untuk bawa barang kegunaan dalam negeri dan barang yang dihantar ke pelabuhan utama untuk dieksport
- contoh: Pelayaran dari pelabuhan Port Dickson ke Pelabuhan Klang
Kelebihan Kapal Kerentan
- Sesuai bawa barang pukal seperti kayu balak
- Boleh dicarter seluruh kapal
- Bebas belayar bila-bila masa
sebab tiada jadual khas
- Boleh disewa untuk satu pelayaran / carter pelayaran
- Boleh disewa untuk satu jangka masa perjalanan / carter masa
- Destinasi kapal ditentukan sendiri oleh penyewa
- Tambang kapal boleh dirunding
biasanya lebih murah berbanding tambang kapal kargo.
Kekurangan Kapal Kargo
- Tidak sesuai untuk bawa barang pukal
- Pelayaran gunakan laluan tetap / hanya singgah di pelabuhan yang ditetapkan
- Tambang kapal ditetapkan oleh Persidangan Perkapalan
dan tidak boleh dirundingkan
biasanya lebih mahal berbanding tambang kapal kerentan
Perbezaan Kapal Kargo dengan Kapal Kerentan
KAPAL KARGO
|
KAPAL KERENTAN
|
1. Belayar mengikut jalan dan jadual yang tetap
|
1. Bebas belayar ke mana-mana dan bila-bila masa
|
2. Sesuai mengangkut barang tidak pukal seperti perabot, mesin
|
2. Sesuai mengangkut barang pukal seperti kayu balak
|
3. Hanya singgah di pelabuhan yang ditetapkan
|
3. Singgah di mana-mana pelabuhan mengikut arahan pencarter
|
4. Beri tempahan ruang dalam kapal sahaja
|
4. Boleh sewa seluruh kapal
|
5. Tambang ditetapkan oleh Persidangan Perkapalan
|
5. Tambang ditentu di Pasaran Baltik dan boleh tawar menawar
|
6. Bil muatan sebagai bukti barang diangkut
|
6. Selain bil muatan, janji carter diperlukan
|
Kebaikan Pengangkutan Air
- Boleh bawa muatan banyak
- Tambang lebih murah
- Sesuai untuk bawa barang pukal seperti kayu balak dan bijih timah
- Lebih selamat sebab kadar kemalangan rendah
- Tiada kesesakan lalu lintas
- Kos penyelenggaraan sedikit
- Banyak pilihan kapal seperti kapal kontena, kapal kargo
- Ada kemudahan kontenarisasi - cepatkan urusan kastam
Kekurangan Pengangkutan Air
- Tiada serah pintu ke pintu
perlukan pengangkutan lain seperti lori untuk bawa barang dari atau ke pelabuhan
- Kerja pemunggahan yang banyak
meningkatkan risiko kecurian dan kerosakan
- Perjalanan lambat sampai
- Perkhidmatan terhad di kawasan yang ada kemudahan pelabuhan / jeti sahaja
Perbadanan Perkapalan Antarabangsa Malaysia (MISC)
- peranannya;
· Beri kemudahan pengangkutan laut kepada peniaga tempatan untuk mengurangkan pergantungan kepada kapal asing
· Adakan perjalanan tempatan dan antarabangsa bagi menghantar kargo
· Ambil bahagian dalam kontrak perkapalan secara dua hala dengan negara lain
· Tingkatkan penyertaan kapal Malaysia dalam perkapalan antarabangsa
Jabatan Laut
- peranannya:
· Daftar dan lesenkan semua kapal dan bot
· Keluarkan perakuan kecekapan untuk pelaut Malaysia
· Wujudkan sistem pelayaran yang efisen
· Selenggarakan pelabuhan
· Pelihara kawasan perairan supaya bebas dari pencemaran
Lembaga Pelabuhan
- contoh: Lembaga Pelabuhan Kelang
Lembaga Pelabuhan Kuantan
- peranannya;
· kawal lalu lintas di kawasan pelabuhan
· sediakan kemudahan pergudangan seperti Gudang Berbon
· sediakan dermaga dan tongkang
· sediakan kemudahan pemunggahan seperti kren, forklift
· sediakan malim untuk memandu kapal berlabuh
· sediakan bantuan pelayaran seperti rumah api dan boya
· sediakan kemudahan limbungan untuk membaiki kapal
· keluarkan lesen perkapalan kepada kapten kapal dan bot kecil yang belayar di sekitar pelabuhan
PENGANGKUTAN UDARA
- terbahagi kepada dua iaitu;
· kapal terbang
· helikopter
Kekurangan
- Tambang mahal
- Saiz dan berat kargo dihadkan
- Tiada serahan pintu ke pintu
perlukan pengangkutan lain Kerja pemunggahan yang banyak
tingkatkan risiko kecurian dan kerosakan
- Perkhidmatan terhad di kawasan yang ada kemudahan lapangan terbang sahaja
- Penerbangan mudah tergendala jika cuaca buruk
- Kos penyelenggaraan tinggi
Kebaikan
- Sesuai bawa barang mahal dan ringan
kerana kadar tambang tidak dipengaruhi oleh nilai barang
contoh: ekspot berlian dan emas
- Sesuai bawa barang yang diperlukan segera
yang memerlukan pengangkutan yang cepat / pantas
contoh: bekalan perubatan dan alat ganti jentera
- Sesuai bawa barang yang tidak tahan lama
untuk menjamin agar barang segar dan baik
contoh: bunga dan buah-buahan
- Sesuai hubungi kawasan pendalaman – gunakan helikopter
- Barang lebih selamat sebab kawalan keselamatan ketat
risiko kecurian kurang
oleh itu kos insurans lebih rendah
- Kos pergudangan rendah sebab barang segera dihantar
- Ada kemudahan kontenarisasi - mencepatkan urusan kastam
Penerbangan Malaysia (MAS)
- Merupakan badan yang ditubuhkan oleh kerajaan yang telah diswastakan
- Menyediakan perkhidmatan penerbangan penumpang dan perkhidmatan kargo dalam dan luar negeri
- Ada penerbangan khas untuk mengangkut jemaah haji
Jabatan Penerbangan Awam (DCA)
- Peranannya;
· Keluarkan lesen dan permit untuk semua jenis pengangkutan udara di Malaysia
· Sediakan perkhidmatan trafik udara
· Sediakan bantuan penerbangan dan kejuruteraan
· Sediakan khidmat bomba dan keselamatan
· Adakan hak pendaratan dan perjanjian penerbangan dengan negara lain
· Sediakan pembangunan lapangan erbang
· Sediakan khidmat kecemasan
Sebab Tambang Pengangkutan Laut Lebih murah daripada Pengangkutan lain
- Boleh bawa barang lebih banyak
- Kurang guna bahan api berbanding kapal terbang
- Tiada kos penyelenggaraan sebab jalan air tidak perlu diselenggarakan / dibaiki
- Persaingan hebat antara jenis-jenis kapal mengurangkan kadar tambang
- Kos overhed seperti gaji pekerja rendah sebab tidak ramai pekerja berbanding kapal terbang
- Lambat sampai
SALURAN PAIP
- cara hantar barang jenis cecair dan gas seperti air, petrolium , gas asli dan gas memasak melalui batang paip
Kebaikan
- Barang selamat daripada risiko kecurian
- Barang segera sampai
- Jimat kos pengangkutan kerana tidak guna bahan api
- Kos penyelenggaraan rendah sebab kurang berlaku kerosakan
Kekurangan
- Kos pemasangan saluran paip tinggi
- Penggunaannya terhad kepada barang cecair dan gas seperti petrolium, gas dan air
- Kebocoran mengganggu penggunaan dan sukar dibaiki
Petrolium Nasional Berhad (PETRONAS)
- Mendapat hak eksklusif / istimewa untuk cari gali, proses dan pasarkan petrolium dan gas di Malaysia
- Terlibat dalam pembinaan saluran paip daripada Kertih, Trengganu ke Segamat, Johor dan Singapura
- Peranan / objektif:
· cari gali, mengeluar dan mentadbir semua petrolium negara
· pastikan bekalan petrolium dan hasil petrokimia mencukupi dan pada harga berpatutan
· galakkan penglibatan bumiputera dalam industri berasaskan petrolium
· menasihat kerajaan dalam hal ehwal petrolium dan petrokimia
Pengkontenaan
- sistem hantar barang guna kontena
kontena ialah peti logam
mempunyai ukuran piawai
- Kebaikan guna kontena:
· Jimatkan masa
kerja pemunggahan cepat
barang diangkut sekali gus sebagai satu unit
· Jimatkan tenaga buruh
kurang kerja pemunggahan
barang dipunggah menggunakan jentera khas / kren / forklif
· Kurangkan barang rosak / selamat
terhindar daripada kesan cuaca
· Kurangkan kecurian sebab kontena dikunci
· Kurangkan kos seperti kos insurans, kos angkutan dan kos gudang
kerana pengangkutan sepadu
· Memudahkan hal dokumentasi
· Boleh guna sistem pengangkutan TIR
kontena tidak perlu diperiksa di negara perantara
- Kekurangan guna kontena:
· Kos bina kontena tinggi
· Perlukan peralatan khas seperti kren
· Tidak sesuai bawa barang pukal seperti kayu balak, batu bata
· Perlukan sistem pengangkutan bersepadu
Faktor-faktor Pemilihan Jenis Pengangkutan
· Kos pengangkutan
- jika ingin jimat kos, pilih pengangkutan yang murah
- contoh: Dalam Negeri - gunakan lori, keretapi
Luar negeri - gunakan kapal
· Jenis barang yang dibawa
- jika cecair (petrolium, susu getah) - gunakan pengangkutan khas seperti lori tangki, kapal tangki
- jika mudah rosak (daging, sayur, bunga) - gunakan pengangkutan yang dilengkapi dengan penyetoran sejuk
- jika dalam negeri - gunakan van, lori
- jika luar negeri - gunakan kapal terbang, kapal
· Jarak perjalanan
- jika dekat - dalam negeri - gunakan lori, van
- jika jauh - dalam negeri - gunakan keretapi
- luar negeri - gunakan kapal (jimat kos berbanding kapal terbang)
· Kuantiti, berat dan saiz barang
- jika banyak dan pukal - dalam negeri - gunakan keretapi
- luar negeri - gunakan kapal kerentan
- jika sedikit - dalam negeri - gunakan lori
- luar negeri - gunakan kapal kargo
· Kesegeraan
- jika ingin cepat (ubat, alat ganti, surat khabar) - gunakan kapal terbang, helikopter
· Risiko kerosakan
- jika barang mudah pecah (kaca, tembikar) - perlu pembungkusan rapi dan gunakan van
- jika barang mudah rosak (daging, ais krim) - gunakan van ada awet dingin / setor sejuk
· Nilai barang yang dibawa
- jika barang mahal (emas, wang) - dalam negeri, gunakan van dengan ciri keselamatan
- luar negeri, gunakan kapal terbang
- jika barang murah (pasir, batu) - dalam negeri, gunakan lori, keretapi
- luar negeri, gunakan kapal kerentan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan