Bab 1: PERBANKAN DAN INSTITUSI KEWANGAN LAIN
SISTEM PERBANKAN KONVENSIONAL
- Sistem perbankan British yang diubahsuai mengikut undang-undang dan peraturan yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM)
- Berlandaskan prinsip komersial iaitu keuntungan dan kecekapan
CIRI PERBANKAN KONVENSIONAL
- Beri faedah atas simpanan
- Kenakan faedah atas pinjaman
- Buat pelaburan
- Utamakan keuntungan
SISTEM PERBANKAN ISLAM
- Berlandaskan prinsip Islam
- Tiada amalan riba dan faedah
PERBEZAAN SISTEM PERBANKAN KONVENSIONAL (SPK) DENGAN SISTEM PERBANKAN ISLAM (SPI)
SPK
|
SPI
|
- Mengandungi unsur riba
|
- Mengharamkan unsur riba
|
- Tertakluk kepada peraturan BNM
|
- Tertakluk kepada peraturan BNM dan
hukum syarak
|
- Bebas melabur dalam semua sektor
termasuk perjudian
|
- Melabur hanya di tempat halal /tidak
meragukan
|
- Penasihat terdiri daripada pakar
perbankan konvensional sahaja
|
- Penasihat terdiri daripada ulama,ahli
akademik dan pakar perbankan Islam
|
JENIS BANK
- Bank pusat
- Bank perdagangan dan Bank Islam
- Bank Saudagar
- Bank Badan Berkanun
- Bank Koperasi
FUNGSI BANK NEGARA MALAYSIA
- Mengeluarkan dan mengawal mata wang Negara
- wang kertas dan syiling
- kawal kiriman wang ke luar Negara
- Menjadi jurubank kepada kerajaan
- sediakan khidmat kewangan kepada kerajaan
- sebagai penasihat pelaburan kerajaan
- jual bil perbendaharaan / surat jaminan kerajaan
- Laksanakan dasar kewangan kerajaan
- awasi tahap kredit
- tetapkan nisbah rizab berkanun / aset mudah tunai
- Menjadi jurubank kepada bank perdagangan
- sumber pinjaman terakhir
FUNGSI BANK PERDAGANGAN
- Terima simpanan - akaun simpanan / tetap/ semasa
- Beri kemudahan pembiayaan – pinjaman / overdraf
- Beri kemudahan pembayaran – pindahan kredit / arahan tetap
- Beri perkhidmatan lain – kad kredit / peti simpanan selamat
FUNGSI BANK SAUDAGAR
- Terima simpanan dari syarikat besar
- Beri pinjaman
- Beri khidmat nasihat korporat
- Urus pelaburan syarikat berhad
- Tangung jamin terbitan syer
FUNGSI BANK BADAN BERKANUN
- Bank Simpanan Nasional
- Terima simpanan – akaun simpanan/tetap
- Beri pinjaman – untuk beli rumah/kereta
- Tawar kad kredit – kad Visa Klasik /Kad Visa Emas
- Sedia perkhidmatan perbankan Islam- akaun simpanan Wadiah
- Bank Pembangunan dan Infrastruktur Malaysia Berhad
- Biaya aset tetap - tanah / bangunan
- Biaya modal kerja – beli bahan mentah/stok barang niaga
- Sedia skim kilang bimbingan – beri modal / khidmat nasihat
- Sedia tabung usahawan baru – bagi sektor pembuatan/pelancongan
- Sedia modal asas untuk Industri Kecil dan Sederhana (IKS)
- Bank Pertanian Malaysia
- Beri pinjaman – beli tanah/ mesin
- Terima simpanan – akaun simpanan/tetap
- Beri kemudahan sewa jentera
- Anjur kursus / latihan kepada usahawan bumiputera
FUNGSI BANK KOPERASI
- Terima simpanan
- Beri pinjaman
- Tawar perkhidmatan perbankan Islam
BANK ISLAM
- Bank Islam berdasarkan hukum Islam dan peraturan syariah.
- Contoh Bank Islam iaitu Bank Islam Malaysia Berhad (BIBM) dan Bank Muamalat Berhad.
- tertakluk kepada Akta Bank Islam 1983.
- Ciri iaitu;
· Riba iaitu bunga atau faedah tidak dibenarkan
· Mudharabah dan musyarakah (amalkan konsep perkongsian untung rugi)
· Maisir iaitu perjudian tidak dibenarkan
- ada tiga konsep:
· Wadiah
· Mudharabah
· Musyarakah
PERKHIDMATAN BANK PERDAGANGAN
- Menerima simpanan
(a) Akaun Simpanan
- amaun simpanan yang kecil
- boleh keluar bila-bila masa
- dapat faedah
- dapat kemudahan kad teller automatik
(b) Akaun Semasa
- Sesuai dibuka oleh peniaga
- Dapat guna cek
- Tidak dapat faedah
- Perkhidmatan dikenakan caj
- Boleh dapat kemudahan lain seperti overdraf /pindahan kredit
(c) Akaun Simpanan tetap
- Simpanan mengikut tempoh – 3 bulan/ 6bulan
- Simpanan minimum ditetapkan oleh bank
- Kadar faedah lebih tinggi dari Akaun Simpanan dan ikut tempoh
- Bank beri sijil simpanan tetap – tidak boleh pindah milik tetapi boleh dicagar
- Kemudahan Pembayaran
(a) Pindahan kredit
- Bayaran terus ke akaun penerima
- Boleh bayar kepada beberapa penerima dengan guna sekeping cek
- Sesuai untuk bayar gaji / jelaskan hutang
- Selamat dari risiko kehilangan cek / cek tak laku
- Hanya sesuai untuk penerima yang ada akaun di bank
(b) Arahan tetap
- Arahan bertulis oleh pemegang akaun kepada bank
- Untuk bayaran tetap /berkala seperti sewa / insurans
- Dapat bayar secara konsisten / tepat masa
- Tidak perlu ingat tarikh bayaran
- Elak dikenakan surat peringatan tidak membayar hutang
(c) Pindahan elektronik/ telegraf / mel
i. Pindahan elektronik
- cara membayar paling pantas
- wang boleh dipindahkan dari akaun pelanggan kepada akaun pemiutang di mana-mana bank secara on-line / guna kad ATM
ii. Pindahan telegraf
ii. Pindahan telegraf
- Cara bayaran pantas ke luar Negara
- Bank arah bayaran dibuat melalui teleks ke cawangannya di luar Negara
- Pelanggan dikenakan komisen/caj
iii. Pindahan mel
- Sama seperti pindahan telegraf, cuma arahan dihantar melalui mel
(d) Draf Bank
- Cek yang dikeluarkan oleh bank atas permintaan pelanggan
- Untuk bayar hutang/bil tertentu
- Bayaran terjamin
- Draf bank boleh dipalang- tidak boleh ditunai tetapi mesti didepositkan dalam akaun penerima
(e) Cek Jurubank
- Dikenali sebagai perintah juruwang
- Perintah yang dikeluarkan oleh bank atas arahan pelanggan untuk bayaran tertentu kepada penerima dalam daerah yang sama
- Kena bayar komisen
- Cara selamat buat bayaran dalam amaun yang besar
- Cara bayaran yang meyakinkan penerima
3. Kemudahan Pembiayaan
(a) Pinjaman
- Wang yang dipinjam oleh bank kepada pelanggannya setelah memenuhi syarat
- Contoh: pinjaman untuk beli tanah/ bangunan
- Kelulusan berdasarkan nilai cagaran/kemampuan bayar balik
- Dikenakan faedah
- Faedah atas pinjaman bergantung kepada tempoh pinjaman/cagaran
- Dua bentuk pinjaman : Pinjaman bercagar dan Pinjaman tidak bercagar
- Pinjaman bercagar – ada cagaran yang nilainya lebih tinggi dari nilai pinjaman seperti geran tanah /geran rumah
- Pinjaman tidak bercagar – tiada cagaran hanya bergantung kepada kepercayaan bank dan pihak penjamin
(b) Overdraf
- Satu bentuk wang pendahuluan
- Cara mudah/segera pinjam wang dari bank oleh pemegang akaun semasa
- Boleh keluarkan wang lebih dari jumlah yang ada dalam akaunnya
- Faedah dikenakan terhadap amaun overdraf yang digunakan mengikut kadar harian
FAKTOR YANG DIPERTIMBANGKAN UNTUK MENDAPAT PINJAMAN DAN OVERDRAF
i. Tujuan pinjaman / overdraf
- mesti sesuai dengan syarat bank/ perlaburan yang berpotensi
ii. Kedudukan kewangan
- baik/boleh dipercayai
iii. Nilai cagaran
- mesti lebih tinggi daripada jumlah pinjaman
iv. Dasar bank pusat
- Utamakan Industri Kecil dan Sederhana (IKS)
4. Perkhidmatan Lain
(a) Kad Kredit
- sejenis kad yang bolehkan pemiliknya membeli-belah tanpa wang tunai
- pemilik kad berhutang dengan pihak bank
- dikenakan caj perkhidmatan
- boleh juga digunakan untuk bayar sewa hotel / tempah tiket penerbangan
(b) Peti simpanan selamat
- Untuk simpan barang berharga seperti barang kemas/geran tanah
- Dikenakan caj
(c) Perbankan elektronik (e-banking)
- Urusniaga melalui komputer peribadi/telefon bimbit
- pantas/mudah/ jimatkan kos
(d) Tukaran mata wang asing
- contoh: Ringgit Malaysia tukar kepada Yen Jepun
(e) Cek Kembara
- dijual kepada pelanggan yang hendak ke luar negara
- tidak perlu bawa wang dengan banyak/ elak risiko kecurian
- dijual dalam mata wang Dolar Amerika / Yen Jepun
- boleh ditunai serta-merta /di mana-mana cawangan bank di negara asing
(f) Jaminan jurubank
- Jaminan bank kepada pihak tertentu bahawa bank akan membayar segala hutang pelanggannya jika pelanggannya tidak siapkan projek / jelaskan hutang
- Perlu beri deposit kepada bank untuk dapatkan jaminan
- Deposit ini akan digunakan oleh bank untuk membayar hutang jika pelanggan tidak dapat siapkan projek
(g) Perbankan Islam
- Terima simpanan - Akaun Simpanan Wadiah/Akaun Semasa Wadiah/Akaun Pelaburan Mudharabah
- Beri kemudahan pembiayaan – Ijarah / Al Rahnu
CEK
Maksud Cek
- Dokumen perintah bertulis
- oleh penyimpan akaun semasa
- kepada pihak bank dan mengarahkannya untuk membuat bayaran
- sejumlah wang tertentu
- pada tarikh tertentu
- kepada menerima atau pembawa cek apabila dituntut.
Pihak-pihak Dalam Sekeping Cek
· Pesuruh bayar - bank yang mengeluarkan cek
· Penyuruh bayar - orang / pihak yang menandatangani cek
· Penerima - orang / pihak yang menerima bayaran
[orang / pihak yang namanya tercatat pada cek]
Jenis Cek
- terdapat dua jenis iaitu;
· cek terbuka
· cek berpalang
Cek Terbuka
- ada dua jenis iaitu;
· Cek Pembawa
- ada perkataan “atau pembawa” yang tidak dipotong
- cek ini boleh ditunaikan di kaunter bank oleh penerima atau sesiapa sahaja
- nama penerima boleh diganti dengan perkataan “Tunai”
- cek ini tidak selamat
· Cek Perintah
- perkataan “atau pembawa” telah dipotong
- boleh ditunaikan oleh penerima di kaunter bank dengan menunjukkan kad pengenalan
- boleh dimasukkan ke dalam akaun penerima
- masih kurang selamat
Cek Berpalang
- cek yang mempunyai dua garisan selari melintangi permukaannya sama ada ditengah-tengah atau di penjuru atas sebelah kiri
- cek tidak boleh ditunaikan di kaunter bank
- mesti dimasukkan ke dalam akaun bank
- cek ini lebih selamat
- ada tiga jenis iaitu;
· Cek Berpalang Am
- ada 3 jenis iaitu dalam palang;
à tidak ditulis dengan sebarang perkataan
à ada perkataan “& Co.”
à ada perkataan “Tak Boleh Niaga”
à tidak boleh dipindah milik
· Cek Berpalang Khas
- penerima cek mesti memasukkan cek ini ke dalam akaun bank yang dinyatakan dalam palang
- contoh:
· jika dalam palang ada tulis “Maybank”
à penerima cek / sidibayar mesti masukkan cek ini ke dalam akaunnya di mana-mana cawangan Maybank
· jika dalam palang ada tulis “Maybank , Tapah”
à penerima cek / sidibayar mesti masukkan cek ini ke dalam akaunnya hanya di Maybank Tapah.
Perbezaan Cek Terbuka dengan Cek Berpalang
CEK TERBUKA
|
CEK BERPALANG
|
1. Tiada garisan selari pada muka cek
|
1. Ada dua garisan selari pada muka cek
|
2. Boleh ditunaikan dikaunter bank
|
2. Mesti didepositkan dalam akaun
|
3. Tidak selamat
|
3. Selamat kerana cek boleh ditahan pembayaran
|
Sebab Cek Berpalang dibuat
- Penyuruh bayar tidak mahu cek itu ditunaikan
- Cek hendak dimasukkan kedalam akaun bank tertentu
- Untuk menjadikan cek lebih selamat
- Apabila penerima tidak mahu cek terbuka
Kelebihan Cek sebagai alat pembayaran
- Mudah digunakan kerana boleh guna untuk sebarang nilai
- Tidak perlu mengira wang tunai
- Boleh dihantar melalui pos
- Selamat kerana tidak perlu membawa wang tunai
- Selamat digunakan kerana telah berpalang / elak risiko kecurian
- Sebagai bukti pembayaran
- Boleh tangguh pembayaran dengan penggunaan cek bertarikh hadapan
- Murah jika dibandingkan dengan cara bayaran lain
- Boleh batalkan pembayaran
Kekurangan Cek sebagai alat pembayaran
- Cek bukan wang sah
hanya boleh digunakan jika penerima mahu menerimanya
- Lambatkan proses terima wang
penerima cek terima wang bila cek telah ddijelaskan
- Penerima cek perlu bayar komisen
- Boleh berlakunya penipuan / pemalsuan
kerana butir dalam cek boleh dicetak / tanda tangan boleh ditiru
- Penerima cek terima cek tak layan
hutang tidak dapat dikutip / peniaga rugi
Lain-lain Jenis Cek
Cek Bertarikh Hadapan
- cek yang ditulis dengan tarikh akan datang
- contoh: cek dikeluarkan pada 7.1.2004 tetapi ditulis dengan tarikh 31.1.2004
- penerima akan hanya terima bayaran pada atau selepas tarikh matang
- dalam contoh di atas penerima akan hanya menerima bayaran pada atau selepas 31.12.2004
- sebelum tarikh matang, cek ini menjadi cek tak laku
Cek Mati
- cek yang tempoh pembayarannya telah tamat
- biasanya cek bank perdagangan laku dalam tempoh 6 bulan manakala cek Bank Negara laku dalam tempoh 3 bulan dari tarikh cek dikeluarkan
- contoh: Cek Bank Negara yang dikeluarkan pada 1.1.2004 akan menjadi cek mati mulai pada 1.4.2004
Cek Dalaman
- cek yang dikeluarkan kepada penerima yang juga mempunyai akaun di bank yang sama dengan penyuruh bayar
- cek boleh ditunaikan serta merta dikaunter bank
Cek Bertanda
- penerima cek dijamin akan menerima bayaran sehingga tarikh tertentu
- perkataan “Baik untuk pembayaran sehingga ………..” akan ditulis pada muka cek
- contoh: “Baik untuk pembayaran sehingga 3.3.2002” [penerima cek dijamin akan mendapat bayaran sehingga tarikh 3.3.2002]
Cek Kosong
- cek yang telah diisi maklumat dengan lengkap dan ditanda tangani KECUALI amaun jumlah dalam perkataan dan angka
- cek ini digunakan apabila penyuruh bayar tidak tahu jumlah bayaran yang sepatutnya dibayar kepada sidibayar
- sebagai langkah keselamatan, perkataan “tidak melebihi RM…….” akan ditulis pada cek
Cek Tak laku
- cek yang tidak diterima oleh bank untuk pembayaran
- sebab cek menjadi cek tak laku:
· cek bertarikh hadapan
· cek kotor/rosak/koyak
· cek kosong
· cek mati
· jumlah dalam angka dan perkataan tak sama
· baki dalam akaun penyuruh bayar tidak cukup
· penyuruh bayar mati / gila / muflis sebelum cek ditunaikan
· tiada tanda tangan penyuruh bayar
· penyuruh bayar membatalkan cek yang dikeluarkan
· tanda tangan pada cek tidak sama dengan kad contoh tandatangan
Kebaikan Cek berbanding Kad Kredit
- Cek mudah digunakan kerana tidak mengunakan alat teknikal
manakala Kad kredit perlukan alat khas atau untuk perniagaan tertentu sahaja.
- Cek boleh digunakan pada bila-bila masa tanpa mengikut waktu perniagaan
manakala Kad kredit mengikut waktu perniagaan
- Cek tidak ada had jumlah kerana tidak ada kredit limit
manakala Kad kredit ada kedit limit yang berdasarkan pendapatan pemilik
- Cek selamat digunakan kerana boleh dipalang atau boleh ditahan pembayarannya
manakala Kad kredit tidak boleh dibatalkan
- Cek boleh keluar cek lewat tarikh dan dapat kredit tanpa caj
manakala Kad kredit kena caj.
Kebaikan Cek Kembara Berbanding Cek
- Cek Kembara boleh ditunaikan dimana-mana bank di luar negeri
manakala Cek hanya boleh ditunai sekiranya bank (pesuruhbayar) mempunyai cawangan di luar negeri.
- Cek Kembara diterima oleh pelbagai pihak selain bank
kerana terjamin pembayarannya
oleh itu boleh ditunai bila-bila masa
manakala Cek hanya di terima pihak bank sahaja
dan boleh ditunai pada waktu pejabat sahaja.
- Cek Kembara mudah ditunaikan/serta merta
manakala Cek perlu tempoh penjelasan/lambat
- Cek Kembara laku sepanjang masa
manakala Cek mempunyai had tempoh lakunya/contoh 3 bulan
Sumber Kewangan Lain
Syarikat Kewangan
- tidak menyediakan akaun semasa
- perkhidmatan yang disediakan;
· Menerima simpanan
dalam bentuk akaun simpanan dan akaun simpanan tetap
· Membiayai / memberi pinjaman peribadi , pinjaman perumahan dan pinjaman sewa beli
· Menyewakan aset / menyediakan pajakan
dalam bentuk bangunan / ruangan pejabat
· Melabur dalam pasaran kewangan dan perniagaan
· Pembiayaan pajakan , projek perumahan dan pelaburan individu
- contoh: Public Finance , Maybank Finance
Syarikat Pajakan
- Perjanjian antara syarikat pajak dengan pemajak bagi menyewa satu aset tertentu yang diperolehi daripada penjual
- pemajak perlu membayar sewa sepanjang tempoh pajakan
- sepanjang tempoh pajakan / sewaan, aset (mesin) itu adalah kepunyaaan syarikat pajakan.
- contoh aset yang biasa dipajak seperti mesin, kenderaan dan premis
- contoh syarikat pajakan : Sunsea Credit & Leasing Sdn. Bhd.
- kebaikan:
· dapat menggunakan aset tanpa mengeluarkan modal
· boleh mendapatkan aset tanpa cagaran
· merupakan satu sumber modal tambahan
· mengurangkan pembayaran cukai
Syarikat Pemfaktoran
- peniaga boleh menjual akaun belum terimanya / invois kepada syarikat pemfaktoran / bank untuk mendapatkan wang tunai dengan segera
- jumlah wang tunai yang diterima oleh peniaga adalah jumlah nilai akaun belum terima / invois setelah ditolak kadar faedah dan bayaran perkhidmatan antara 1 – 2 peratus atas nilai aset akaun belum terima / invois
- contoh syarikat pemfaktoran : Public Leasing and Factoring Sdn. Bhd.
- kebaikan:
· boleh mendapat wang tunai dengan segera
· dapat mengelakkan risiko hutang lapuk
· mengatasi masalah aliran tunai
· tidak perlu lagi mengawasi akaun belum terima
Syarikat Jaminan Kredit Malaysia
- milik bersama Bank Negara Malaysia dengan semua bank perdagangan
- ditubuhkan untuk bantu peniaga kecil mendapatkan pinjaman dari bank perdagangan
- syarikat ini tidak beri pinjaman tetapi bertindak memberi khidmat nasihat dan jaminan kepada pinjaman yang telah diluluskan
- peminjam boleh terdiri daripada individu, perkongsian, syarikat sdn.bhd., koperasi dan pertubuhan
- Kebaikan:
· bank perdagangan tidak perlu risau risiko hutang lapuk dari pinjaman
· peminjam (peniaga) boleh dapat pinjaman tanpa cagaran yang banyak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan